Thursday, February 20, 2014

terlampau bizi

sorotan citer Muhammad Akid Harraz

2.1.2014 = Muhammad dipindahkan ke Hospital Serdang utk rawatan lanjut cronic lung dan home oxygen therapy (kami dah bersedia nak bawak Muhammad balik dgn gas oxy)
10.1.2014 = Muhammad discas dr wad 5A, Hospital Serdang..kepulangan Muhammad disambut oleh kakak aina dan iman yg sedia menanti dan masing2 peluk ibu sebab dah lama tak jumpa...yela ibu dah dok nicu dr bulan nov 2013 lagi kan.

sepanjang berada kt rumah..Muhammad ok dan ada la selsema sikit...kawalan ketat pada kakak2 dikenakan oleh ayah diorg. ekekekeke. kesian aina iman.

7.2.2014 = Muhammad dimasukkan semula ke wad...asalnya dia hanya selsema dan demam sikit...tapi bila smp kt ED, doc wat chest xray dan nampak ada infektion kt paru2 belah kanan...dan ada sikit susu. ermmm...mmg sepatut nya Muhammad pakai tiub kt mulut utk minum...tapi dah lama ibu tak masukkan...dia selalu tarikh tiub dan kesian kalau nak masukkan lagi. Akhirnya, doc suh masukkan tiub susu melalui hidung Muhammad.

11.2.2014 = Muhammad tiba2 biru, keras, tak bernafas dan tak sedar diri....sgt panik...kebetulan hanya ada doc pelatih jerk...ibu sempat tepuk belakang Muhammad dan hembus nafas melalui hidung dan mulut Muhammad. Alhamdulillah...umur Muhammad masih panjang...dia bernafas dan menangis semula seperti biasa. walau pn hanya beberapa minit Muhammad tak sedar...tapi dah cukup wat jantung ibu berdebar2 nak gugur hingga ke malam hari.

17.2.2014 = Muhammad dapat discas ke rumah setelah habiskan antibiotik. Alhamdulillah syukur.

ketika catatan ni dibuat Muhammad sedang tidor..dan masih selsema sedikit...Inshaa Allah...harap Muhammad terus sihat dan boleh bernafas dgn sndiri suatu hari nanti.

jauh di sudut hati....moga dijauhkan dr kejadian Muhammad tak sedar itu..Amin :)

Thursday, October 31, 2013

Kelahiran bayi pramatang Muhammad Akid Harraz

Salam,

Pertamanya, blog ni diwujudkan sebagai catatan harian saya sebagai ibu kepada Muhammad Akid Harraz. Muhammad Akid Harraz dilahirkan pramatang pada usia kandungan 28 minggu secara czer. Dengan berat lahir 950gram, Muhammad mengalami masalah untuk bernafas akibat paru-paru yang masih tidak matang.

Muhammad dilahirkan jam 3.15 petang pada 22 Mei 2013 di Hospital Putrajaya. Selepas dilahirkan Muhammad diberi pernafasan menggunakan mesin CPAP. Namun, pada hari ketiga umurnya..doc maklumkan keadaan Muhammad amat kritikal dan perlu dipakaikan mesin Ventilator yang mana fungsi pernafasan akan diambil oleh mesin 100%. Pada tetapan paling tggi 50% Ventilator Muhammad cuba untuk bertahan.

Dari demi hari berlalu...namun perkembangan Muhammad tidak begitu baik. Ada saja perkara negatif dan buruk terjadi kepada dia...jangkitan kuman, deSAT dan kurang darah. Begitu banyak cabaran namun Muhammad tetap kuat. Syukur saya mempunyai anak sekuat Muhammad.

Ok...entry berikutnya, saya akan citerkan beberapa kali pengalaman selama Muhammad masih berada di NICU.

btw, skrg pn Muhammad menjadi penghuni NICU. Doakan Muhammad cepat sihat ye. Terima kasih.